fbpx

HSN 2024: Kerajaan fokus tingkatkan kesihatan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH menyertai acara berjalan santai bersama atlet Para Sukan Malaysia Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

KANGAR – Kerajaan akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan tahap kesihatan golongan warga emas menerusi penganjuran Karnival Sukan Warga Emas sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata inisiatif tersebut selaras dengan sasaran negara yang bakal menjadi negara tua menjelang tahun 2030.

“Populasi warga emas di Malaysia kini mencecah 11.3 peratus atau kira-kira 3.8 juta orang pada tahun 2023.

“Jumlah itu dijangka terus meningkat kepada 15.3 peratus pada tahun 2030 dan seterusnya 20 peratus pada tahun 2040,” katanya dalam ucapan sebelum merasmikan HSN 2024 peringkat negeri Perlis.

Menurut Fadillah, kerajaan memahami bahawa golongan warga emas perlu diberi peluang saksama untuk menyertai aktiviti sukan dan rekreasi.

“Golongan warga emas adalah sebahagian penting daripada masyarakat dan perlu diberikan ruang dalam aktiviti kesihatan dan kecergasan.

“Ini penting bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan aktif dan sihat,” katanya.

Tambahnya, program seperti HSN diharap dapat menyemarakkan budaya kecergasan dalam kalangan masyarakat termasuk warga emas.

Untuk rekod, HSN 2023 tahun lalu berjaya meningkatkan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) kepada 55.0 berbanding 52.0 pada tahun sebelumnya sekaligus membuktikan bahawa HSN mampu memperkukuhkan perpaduan melalui penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI