fbpx

‘Menang itu bonus, paling saya takut jika dilupakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA akhirnya berjaya menggenggam trofi kemenangan selepas hampir tiga dekad bergelar pelakon.

SHAH ALAM – Melakar sejarah tersendiri, pelakon Rita Rudaini teruja pertama kali merangkul trofi di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular selepas 27 tahun bergelar anak seni.

Selain teruja memenangi anugerah, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, turut meluahkan rasa gembira kerana namanya masih diingati dalam dunia seni walaupun tidak aktif di televisyen atau layar perak.

“Ini adalah rezeki setelah hampir tiga dekad dan rezeki bawa anak-anak pada malam ini. Memang menggigil juga tadi (semalam).

“Semua ‘top 5’ hebat-hebat, sebab itu bila nama saya lolos ke ‘top 10’ sebelum ini saya terkejut.

“Apa-apa pun memang atau kalah semuanya adalah rezeki, yang penting saya gembira nama masih relevan,” katanya dalam sidang media ABP36.

Dalam masa sama, ibu tunggal dua anak itu tidak pernah terasa hati walaupun tidak memenangi sebarang anugerah sama sebelum ini tetapi sangat menitikberatkan kerelevanan namanya.

“Secara peribadi, lakonan adalah jiwa saya dari mula sehinggalah sekarang walaupun tidak pernah menang.

“Tetapi saya okey sahaja sebenarnya. Menang itu bonus cuma saya paling takut kalau nama saya dilupakan.

“Alhamdulillah, sampai sekarang orang kenal saya daripada budak kecil sampai orang muda disebabkan impak Mami Jarum,” katanya.

Semalam, Rita berjaya meraih trofi Aktres Pembantu TV Popular sekali gus menewaskan Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.

Impak lakonan dalam drama Kerasnya Takdir yang disiarkan di slot Akasia TV3 dikatakan menjadi faktor undian peminat terhadap Rita yang menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja edisi 1998/1999.

Sebelum ini, Rita pernah tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular pada 2003 dan 2006.

Dia turut menerima pencalonan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular empat tahun berturut-turut iaitu pada 2005, 2006, 2007 dan 2008 – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI