fbpx

Pekerja hotel maut, Honda CBR bertembung Pesona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Amir Mustorfa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran stesen minyak di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Baling awal pagi tadi.

BALING – Seorang pekerja hotel maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta berhampiran sebuah stesen di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.55 pagi itu, Amir Mustorfa, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, siasatan awal kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari arah Baling menghala Sungai Petani.

“Manakala mangsa yang merupakan pelayan hotel yang baru habis bekerja menunggang motosikal jenis Honda CBR datang dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Petani menghala Baling,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, motosikal mangsa dipercayai telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bergesel pada bahagian pintu hadapan kereta tersebut.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa melambung dan jatuh di tengah-tengah jalan menyebabkannya mengalami cedera parah di kepala manakala pemandu dan empat penumpang kereta tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Azmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI