fbpx

Hafizuddeain Panglima Tentera Darat ketiga dimasyurkan ahli International Hall Of Fame

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizuddeain ketika menerima anugerah tersebut semalam di Fort Leavenworth, Kansas, USA.

PETALING JAYA – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, USA.

Menerusi satu kenyataan, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat berkata, penganugerahan itu diterima Hafizuddeain semalam.

“Penganugerahan yang diterima oleh PTD ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana PTD merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC,”kata kenyataan itu.

Tambah Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat, sebelum ini, PTD ke-18, Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussein dan PTD ke-19, Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom Nordin turut menerima anugerah sama.

Jelasnya, Hafizuddeain merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001.

“Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di atas pencapaian tersebut,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI