fbpx

Makin ‘kembang’, Nabila Razali disangka Mahalini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIL anak sulung, Nabila nampak berisi apabila berat badannya bertambah.

SEBELUM ini pengguna TikTok kerap dihiburkan dengan gelagat Nabila Razali menerusi pelbagai video lucu yang dikongsikan.

Kini, dia kembali tetapi dalam versi lebih comel kerana berat badan yang semakin bertambah susulan sedang hamil anak pertamanya.

“Shading (teknik solekan) pun tak mampu cover.

“Tengok muka sendiri sudah kembang semangkuk,” katanya.

Lucunya, ramai yang hampir tidak mengenali Nabila dalam video tersebut malah menyangka individu lain iaitu Mahalini!

Namun, bagi mereka pelantun lagu Pematah Hati itu tetap jelita meskipun berat badan bertambah.

“Sumpah ingatkan Mahalini bertudung tadi, rupa-rupanya Nabila.

“Semakin cantik Nabila ketika hamil, semoga kandungan sentiasa dilindungi Tuhan.

“Ramai tak terkejut ini Bella, ‘kembang’ sikit tapi tetap cantik!” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI