fbpx

Aina Abdul Bintang Paling Popular ABP36

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA menjadi pilihan ramai untuk mengungguli trofi Bintang Paling Popular ABP36.

SHAH ALAM – Dengan 8,882,662 juta undian, penyanyi Aina Abdul dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular ke-36 (ABP36) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam ini.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan Aina membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dan trofi.

Aina dalam ucapannya menyifatkan kemenangan gelaran bintang paling popular itu sebagai hadiah istimewanya selepas 10 tahun bergelar anak seni.

“Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.

“Satu pesanan saya, jangan putus asa,” ujarnya selepas diumumkan sebentar tadi.

Kategori Aktor Filem dan Aktres Filem Popular pula berpihak kepada Aedy Ashraf serta Fasha Sandha.

Kategori rebutan lain, trofi Penyanyi Lelaki dan Penyanyi Wanita Popular menjadi milik calon kegemaran ramai, Khai Bahar serta Aina Abdul.

Malam ini, Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angle pula mengekalkan trofi Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan.

Bagi kategori Aktor Pembantu Filem Popular dan Aktres Pembantu Filem Popular pula diungguli Alif Hadi serta Raja Ema.

Kategori Aktor dan Aktres Pembantu TV Popular pula menjadi milik Shah Iskandar serta Rita Rudaini.

Aktor dan Aktres TV Popular pula didominasi Hun Haqeem serta Anna Jobling.

Sementara itu, trofi Penyampai Radio Popular pula menepati ramalan ramai dan menjadi milik Khairy Jamaluddin manakala Uyaina Arshad diumumkan sebagai Pengacara TV Popular.

Bagi kategori Artis Lelaki Baharu Lelaki Popular menjadi milik Shah Radhy manakala trofi Artis Wanita Baharu Popular diraih Erysha Emyra.

Bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diterima komposer dan pencipta lagu terkenal Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan.

Malam ini, setiap pemenang membawa pulang kepingan emas seberat 18 gram dan trofi.

Membawa tema Teguh, ABP36 diinspirasikan CONBOO dihoskan Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI