fbpx

Kebangkitan dramatik Terengganu ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Terengganu, Firhan Ashari (kiri) melarikan bola daripada dirampas pemain Pahang pada aksi separuh akhir Piala Tun Abdul Razak sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki Terengganu melangkah ke final Piala Tun Abdul Razak 2024 selepas menundukkan Pahang 4-3 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung penuh debaran sebentar tadi.

Kejayaan dramatik di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru itu sekali gus membuka peluang untuk menamatkan kemarau kejuaraan yang dinanti-nantikan.

Pahang memulakan perlawanan penuh cemerlang apabila menjaringkan gol pembukaan seawal minit keenam menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abdul Rahim.

Namun, Terengganu pantas bertindak balas apabila Mohamad Akhimullah Anuar Esook menyamakan kedudukan berselang dua minit kemudian menerusi jaringan padang.

Penyerang berbisa, Faizal Saari meletakkan Terengganu di hadapan melalui pukulan sudut penalti, namun kelebihan itu tidak bertahan lama selepas Pahang bangkit menyamakan kedudukan hanya seminit kemudian menerusi Muhammad Syawal Abdul Razak.

Pertarungan bertambah sengit apabila barisan pemain muda Pahang sekali lagi mendahului 3-2, kali ini  melalui Muhammad Arif Syafie Bin Ishak sekali gus memberikan tekanan hebat kepada Terengganu.

Faizal membuktikan statusnya sebagai penyerang prolifik berkelas antarabangsa dengan gol penyamaan pada minit ke-52 sebelum Akhimullah muncul wira Terengganu apabila meledak jaringan kemenangan tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Untuk info, Terengganu akan berdepan Johor dalam aksi final yang dijadualkan pukul 9 malam esok sementara Pahang menentang Perak bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pada pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI