fbpx

Serangan di Lebanon, Malbatt selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang berpengkalan di Tibnin dan Marakah di Lebanon dilaporkan selamat selepas serangan rejim Zionis Israel ke atas Ibu Pejabat United Nations Interim Force Lebanon (UNIFIL) di Naquora, semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan melalui udara dan pencerobohan melalui darat yang berterusan di Lebanon.

Wisma Putra berkata, serangan tersebut telah menyebabkan kecederaan kepada dua anggota pengaman.

“Malaysia juga mengutuk serangan udara oleh Israel ke atas kawasan kediaman padat terletak di Ras el-Nabaa dan al-Nuweiri di pusat Beirut, sekali gus mengorbankan 22 orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

“Serangan berterusan yang menyasarkan kakitangan PBB dan orang awam tidak bersalah adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berat,” katanya hari ini.

Dalam hal ini, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan serangan berterusan oleh Israel.

Ini termasuk mendesak Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB termasuk resolusi 1701 (2006).

“Serangan ke atas UNIFIL adalah serangan ke atas Majlis Keselamatan PBB dan terhadap Piagam PBB.

“Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah-langkah memastikan keselamatan kakitangan UNIFIL,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI