fbpx

‘Alhamdulillah, tak sangka’ – Raja Emma terkejut tewaskan Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA Emma memenangi trofi Pembantu Filem Popular, Anugerah Bintang Popular ke-36.

SHAH ALAM – “Macam mana boleh terselit ini.”

Demikian reaksi pelakon Raja Ema apabila memenangi trofi Pembantu Filem Popular, selepas menumpaskan empat calon lain dalam Anugerah Bintang Popular ke-36 malam ini.

Raja Ema seakan tidak percaya dengan pengiktirafan itu kerana berjaya menewaskan pelakon muda.

“Allahuakhbar. Syukur alhamdulillah, macam Macam mana nama saya boleh ‘terselit’ (sebagai pemenang).

“Saya tak sangka dengan kemenangan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ema berterima kasih kepada keluarga, sahabat dan peminat yang menyokongnya sehingga berjaya meraih kemenangan tersebut.

“Apapun terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang mendoakan saya. Tidak dilupakan peminat yang mengundi saya,” ujarnya.

Raja Ema berjaya mengetepikan Daiyan Trisha, Harissa Adlyn, Nadia Brian dan Wanna Ali menerusi kategori Anugerah Pelakon Pembantu Filem Popular semasa Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI