fbpx

[VIDEO] Risiko HPV tinggi kalau pasangan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Risiko jangkitan penyakit kelamin Virus Papiloma Manusia (HPV) meningkat bagi individu yang mempunyai ramai pasangan.

Pakar perubatan, Dr. Siti Aishah Yunos berkata, meskipun perkahwinan itu sah, namun jika mereka juga mempunyai ramai pasangan, tetap terdedah kepada virus tersebut.

“Bila ada ramai pasangan, walaupun melalui perkahwinan, risiko untuk mendapat HPV itu tinggi,” katanya menerusi hantaran video di Facebooknya.

Dr. Siti Aishah berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan pengguna media mengenai lelaki yang berpoligami dengan janda.

“Doktor, bagaimana pula kalau suami berpoligami? Maksudnya perempuan itu janda yang pernah berkahwin beberapa kali sebelum ini. Adakah saya akan mendapat HPV atau madu saya mendapat HPV?,” tanya individu tersebut.

HPV merupakan virus yang boleh menyebabkan penyakit serius seperti kanser serviks, dan beliau juga menasihati agar melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah jangkitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI