fbpx

Malaysia tolak keras serangan terhadap PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (lima dari kanan) ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-14 di Vientiane, hari ini. - Foto FACEBOOK ANWAR

PETALING JAYA – Malaysia menolak sekeras-kerasnya serangan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk melemahkan kewibawaan badan dunia tersebut.

Perkara berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-14, yang merupakan agenda kelima hari ini, iaitu hari terakhir di Vientiane.

Anwar berkata, Malaysia kekal menyokong prinsip keadilan, hak asasi manusia, dan kedaulatan undang-undang yang dijulang PBB.

“Di persidangan ini, saya zahirkan ucapan takziah kepada keluarga besar PBB atas insiden tragis menimpa 220 anggota Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) yang terkorban dengan kejam akibat peperangan di Gaza.

“Malaysia teguh bersama UNRWA dan mengulangi komitmen untuk menyokong peranan penting membantu pelarian Palestin,” katanya pada hantaran Facebook, hari ini.

Pada persidangan itu, delegasi PBB diketuai Setiausaha Agungnya, António Guterres.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan atas keberanian seluruh pasukan PBB dalam mempertahankan prinsip Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, meskipun berdepan kecaman dan dakwaan tidak berasas daripada Israel.

“Saya turut gunakan medan perbincangan ini untuk menggesa penggunaan kuasa veto dihadkan bagi menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan,” katanya.

Terkait isu konflik di Myanmar pula, Anwar menegaskan kepentingan Majlis Keselamatan PBB untuk menyokong usaha ASEAN mencari penyelesaian damai.

“Sebagai Pengerusi ASEAN yang akan datang, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Wakil Khas PBB,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI