fbpx

Anwar perkukuh hubungan dua hala dengan delegasi Lao PDR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan delegasi Lao PDR.- Foto FACEBOOK ANWAR

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan delegasi Lao PDR diketuai rakan sejawatnya, Sonexay Siphandone.

Anwar dan Sonexay bertukar pandangan dalam pelbagai perkara dan sepakat untuk terus memperkukuh persahabatan Malaysia-Laos.

“Ketika persidangan berhenti rehat tengah hari tadi, saya bersama-sama delegasi Malaysia menggunakan kesempatan itu untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan delegasi Lao PDR diketuai Perdana Menteri Sonexay Siphandone.

“Saya mulakan dengan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas kepimpinan cemerlang Lao PDR sepanjang mempengerusikan ASEAN.

“Saya dan Sonexay kemudian bertukar pandangan dalam pelbagai perkara.

“Saya menyatakan komitmen Malaysia untuk meneroka lebih banyak peluang perniagaan di Laos yang boleh memanfaatkan ekonomi kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Anwar, mereka turut bersepakat untuk terus memperkukuh persahabatan Malaysia-Laos, sekali gus mempertingkat kerjasama dua hala terutama dalam sektor pertahanan, perbankan dan kewangan, pendidikan, pelancongan serta sumber manusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI