fbpx

Isu padang: KBS sudah salurkan RM4.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada sidang akhbar status pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak di Putrajaya hari ini. - Foto: FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan sudah menyalur dana sebanyak RM4.6 juta kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak sejak awal tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka menerima geran penuh sebanyak RM500,000.

Kata Hannah, dua negeri iaitu Perlis dan Kedah menerima RM300,000 kerana memilih untuk menaik taraf sistem saliran sahaja dan enggan menukar rumput.

“Bagi negeri Johor pula, mereka tidak menerima geran itu kerana stadium mereka sudah bagus. Sabah dan Pulau Pinang tidak mahu menerima peruntukan kerana (merasakan) tiada keperluan menaik taraf saliran atau tukar rumput.

“Sarawak pula minta ditunda kerana mereka tak boleh jalankan kerja sebelum temasya SUKMA (Sukan Malaysia) berakhir.

“Memandangkan peruntukan sudah disalurkan antara Mac hingga Julai tahun ini, kita berharap negeri yang terbabit menggunakan geran itu berdasarkan skop yang sudah ditetapkan.

“Situasi ini penting bagi memastikan tiada gangguan bagi perjalanan liga pasukan masing-masing,” katanya pada sidang media di Menara KBS petang tadi.

Mengulas lanjut, Hannah berharap projek naik taraf sistem saliran dan penukaran rumput dapat diselesaikan sebelum Jun tahun depan sebelum saingan musim baharu Liga Malaysia 2025/2026 bermula.

“Kalau sudah terima duit untuk tukar rumput, jangan kekal guna rumput cowgrass. Ada yang kita dengar tak nak tukar sedangkan sudah terima duit.

“Ada juga menulis surat kepada kita untuk guna duit itu bagi naik taraf tandas.

“Jadi perkara ini memang kita tak benarkan, dalam minggu depan kita akan hubungi mereka.

“Kalau mereka tak berupaya laksanakan geran ini, kita akan tarik balik dan meminta geran ini supaya dipulangkan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI