fbpx

Malaysia pastikan dua gangsa dalam genggaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Khai Xing cemerlang pada Kejohanan Remaja Dunia.

KUALA LUMPUR – Dua pingat gangsa sudah pasti menjadi milik Malaysia selepas beregu lelaki, Aaron Tai-Kang Khai Xing dan beregu wanita, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi mara ke separuh akhir dalam acara individu pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang hari ini, Aaron-Khai Xing selaku pilihan utama kejohanan tidak berdepan banyak masalah untuk menewaskan pasangan Indonesia, Dexter Farrell-Wahyu Agung Prasetyo 23-21, 21-7.

Bagaimanapun, Aaron mengakui, dia dan Khai Xing sedikit bergelut untuk mengeluarkan permainan sebenar di set pertama, namun mereka berjaya mengembalikan fokus pada set berikutnya.

“Untuk perlawanan hari ini, kami agak bergelut untuk mendapatkan momentum sebenar di set pertama tetapi pada set kedua, kombinasi kami berdua lebih baik.

“Kami juga sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain dan mendengar arahan daripada jurulatih,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Hasil kemenangan itu, Aaron-Khai Xing akan membuat perhitungan dengan Chen Yong Rui-Chen Zhe Han dari China di separuh akhir esok bagi merebut tiket beraksi di perlawanan akhir Ahad nanti.

Mengiringi Aaron-Khai Xing ke separuh akhir esok adalah Zi Yu-Dania Sofea selepas melakar kejutan ke atas rakan sepasukan yang juga pilihan keenam, Ong Xin Yee-Carmen Ting menerusi kemenangan 21-11, 21-16.

Bagaimanapun, laluan mereka untuk ke perlawanan akhir cukup sukar apabila dijadualkan berdepan wakil tuan rumah yang merupakan pilihan utama kejohanan, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue di separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI