fbpx

iPhone 16 dilarang jual di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail iPhone 16 di sebuah kedai di Los Angeles, Amerika Syarikat. - Foto AFP

JAKARTA  – Telefon bimbit keluaran terbaharu Apple, iPhone 16 dihalang kemasukannya ke pasaran Indonesia, lapor portal berita Tempo.co.

Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita berkata, halangan berkaitan pelaburan menjadi punca larangan tersebut. 

Beliau mendedahkan bahawa Apple masih belum memenuhi komitmen pelaburan bersama Indonesia dengan margin sebanyak 235 billion rupiah (RM64.65 juta).

Ini menyebabkan, katanya, persijilan  komponen domestik produk atau TKDN masih belum dikeluarkan untuk syarikat tersebut.

Apple sebelum ini telah memperoleh pensijilan TKDN tetapi ia  telah tamat tempoh. 

Agus mendakwa bahawa proses memperbaharui sijil TKDN adalah bergantung kepada komitmen  pelaburan tambahan Apple. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI