fbpx

Saya mahu sujud pada mereka – Suami pemandu SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami kepada suspek yang direman kerana terlibat dalam kemalangan maut tiga pelajar UiTM Dungun mahu berjumpa dengan keluarga mangsa.

DUNGUN – “Saya seikhlas hati dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada semua keluarga mangsa dan semua pihak atas apa yang berlaku.

Seboleh-bolehnya saya mahu bersujud kepada mereka untuk meminta maaf bagi pihak isteri saya.”

Itu luahan suami wanita yang merempuh dua buah motosikal dinaiki empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun sehingga meragut tiga nyawa pada Rabu lalu.

Lelaki berusia 53 itu berkata, hatinya meronta mahu bertemu dengan keluarga mangsa untuk memohon maaf bagi pihak iste­rinya sejurus kejadian, namun dinasihatkan rakan-rakan serta pihak polis untuk menunggu sehingga keadaan reda.

“Pagi semalam (kelmarin), saya mahu ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk bertemu keluarga mangsa, namun sekali lagi rakan-rakan serta pihak polis menasihatkan agar ditangguhkan dahulu.

“Mereka bimbang niat baik saya disalah erti dan boleh mencetuskan situasi tidak diingini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menceritakan semula kejadian, Azhar mendakwa hanya menyedari isterinya keluar de­ngan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V selepas dia dan anak lelakinya selesai menunaikan solat maghrib.

Dalam kejadian 7.20 malam pada Rabu lalu, seorang suri rumah yang dipercayai mengalami kecelaruan mental direman selama empat bagi membantu siasatan selepas melanggar empat pelajar UiTM Dungun ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V.

Nahas itu mengorbankan tiga mangsa iaitu Khairil Anwar Jamaludin, 20, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25. Seorang lagi rakan mereka iaitu Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, pula cedera parah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI