fbpx

Takaful Malaysia perkenal pelan Kaotim Car, Kaotim Motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Fardiana Mohamed Ismail menunjukkan pelan perlindungan Kaotim Car dan Kaotim Motor yang ditawarkan melalui platform digital Kaotim selepas majlis pelancaran di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Takaful Malaysia memperkenalkan produk baharu iaitu Kaotim Car dan Kaotim Motor, pelan perlindungan dalam talian menerusi platform digital, Kaotim.

Pelan perlindungan tersebut ditawarkan pada harga berpatutan dan mampu milik kepada semua pemilik kenderaan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, dengan pelancaran produk tersebut, pemilik kendera­an dapat mengakses pelan perlin­dungan secara pantas mengikut keperluan, sekali gus memilih faedah tambahan yang sesuai berdasarkan bajet.

“Pelancaran Kaotim Car dan Kao­tim Motor adalah sebahagian daripada langkah strategik kami untuk mengukuhkan kedudukan dalam insurans dan takaful motor yang telah menunjukkan pertumbuhan positif.

“Strategi ini selaras dengan permintaan dan peningkatan jualan kenderaan di pasaran. Kami berhasrat untuk memperluaskan langkah dengan menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian untuk memenuhi keperluan pe­langgan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kao­tim Car dan Kaotim Motor di sini, kelmarin.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein dan turut dihadiri Pengerusi Takaful Malaysia Am (bahagian Takaful Am Takaful Malaysia), Ismail Mahbob.

Nor Azman menjelaskan, antara kelebihan Kaotim Car dan Kaotim Motor adalah penyediaan bantuan 24 jam dan perkhidmatan tunda kepada pelanggan pelan baharu ini secara percuma.

Katanya, menerusi Kaotim Car, pelanggan dapat menikmati pelan ansuran untuk bayaran sumba­ngan tanpa faedah, diskaun serta-merta 10 peratus dan perlindu­ngan kemalangan peribadi percuma RM15,000 untuk setiap individu yang dilindungi.

Dengan Kaotim Motor pula, pelanggan boleh menambah baik perlindungan mereka dengan memilih mana-mana daripada empat faedah tambahan, termasuk Bike PA Plus, iaitu perlindungan kemalangan peribadi terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemala­ngan jalan raya.

Mohamed Sabri (empat dari kanan) melakukan flag off pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor ke Parkroyal Penang Resort di Menara Takaful Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli berkata, dengan tawaran yang memberi manfaat kepada pelanggan, pihaknya me­nya­sarkan nilai jualan RM10 juta bagi Kaotim Car dan Kaotim Motor untuk tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.

Tambahnya, pelancaran kedua-dua produk tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha kumpulan memperkenalkan lebih banyak pelan perlindungan secara digital.

“Inisiatif ini memanfaatkan platform digital kami untuk menawarkan transaksi dalam talian kepada pemilik kenderaan secara lebih lancar, sesuai dengan gaya hidup terkini,” katanya.

Kaotim Car merupakan pelan perlindungan kenderaan persendirian secara komprehensif yang direka untuk melindungi pelanggan dan kereta daripada pelbagai risiko termasuklah kemalangan, kebakaran, kecurian dan liabiliti kepada pihak ketiga, atau kerosakan harta benda.

Selain itu, pelan ini menawarkan bantuan bahu jalan 24 jam serta perkhidmatan tunda tanpa had akibat kerosakan secara percuma.

Kaotim Car turut menyediakan perlindungan kemalangan peribadi untuk pemandu dan penumpang. Terdapat 11 faedah tambahan fleksibel, termasuk Motor PA Plus yang menawarkan perlindungan tambahan terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya, jadi pelanggan dapat membuat pilihan yang bersesuaian mengikut keperluan mereka.

Bagi Kaotim Motor pula, ia adalah sebuah pelan perlindungan motosikal komprehensif dalam melindungi pelanggan dan motosikal sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran, kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian atau kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan harta benda.

Selain itu, produk ini turut menyediakan perkhidmatan bantuan bahu jalan 24 jam dengan per­khidmatan tunda akibat kerosakan sekali secara percuma.

Melalui Kaotim Motor, pelanggan boleh menambah baik perlin­dungan mereka dengan memilih mana-mana daripada empat faedah tambahan.

Maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan ditawarkan boleh didapati di laman web kaotim.my.

Ciri utama Kaotim Car

  • Jumlah pelindungan: Sehingga RM750,000
  • Keupayaan padu (cc): Sehingga 4,000cc/usia kenderaan kurang 20 tahun
  • 24 jam tele bantuan: Bantuan bahu jalan 24/7, perkhidmatan tunda percuma 50km

Ciri utama Kaotim Motor

  • Jumlah pelindungan: Sehingga RM40,000
  • Usia kenderaan: Sehingga 15 tahun bagi komprehensif
  • Keupayaan padu: Sehingga 250cc/usia motosikal kurang 15 tahun
  • 24 jam tele bantuan: Bantuan bahu jalan 24/7, perkhidmatan tunda 30km kali pertama secara percuma
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI