fbpx

Suami wanita mental rempuh mati pelajar UiTM mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami wanita yang merempuh empat pelajar UiTM Dungun memohon maaf kepada keluarga mangsa ketika ditemui di Dungun, hari ini.

DUNGUN – “Saya seikhlas hati dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada keluarga mangsa dan semua pihak atas apa yang berlaku.”

Demikian kenyataan suami pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun sehingga meragut tiga nyawa pada malam Rabu lalu.

Lelaki itu berkata, hatinya meronta-ronta mahu berjumpa dengan keluarga mangsa untuk memohon maaf bagi pihak isterinya sejurus selepas kejadian, namun dinasihatkan rakan-rakan dan polis supaya menunggu sehingga keadaan reda.

“Pagi semalam, saya sekali lagi mahu ke Unit Forensik, Hospital Dungun untuk berjumpa keluarga mangsa. Namun, sekali lagi rakan-rakan dan pihak polis menasihatkan agar ditangguhkan dahulu.

“Bimbang niat baik saya disalah erti dan boleh mencetuskan situasi tidak diingini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sura Hujung, di sini hari ini.

Menceritakan semula kejadian, suami suspek mendakwa hanya menyedari isterinya keluar dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V selepas dia dan anak lelakinya selesai menunaikan solat Maghrib.

Bapa kepada tiga anak itu mendakwa, dia cemas apabila mendapati pintu pagar rumah mereka terbuka luas, manakala SUV terbabit yang diletakkan di depan rumah juga tiada.

“Sebelum kejadian, saya dan anak lelaki menunaikan solat maghrib sementara isteri saya pula menonton televisyen di ruang tamu.

“Saya sebenarnya saya sudah sorok kunci kereta, tidak tahu bagaimana isteri saya boleh jumpa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI