fbpx

Gagal seludup petrol, diesel, minyak peket RM380,093

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM merampas pelbagai barangan kawalan bernilai RM380,093.50 dalam serbuan sebuah premis di Kampung Tambalugu, Jalan Tamparuli semalam. -Foto: Ihsan PPM-

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai barangan kawalan bernilai RM380,093.50 dirampas) dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Tambalugu, Jalan Tamparuli, di sini semalam.

Dalam Op Terancang pada pukul 8.30 pagi itu, antara barangan dirampas termasuk 8,600 liter petrol dan diesel, 366 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 355 bungkus minyak masak peket satu kilogram.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslee Abd Rahman berkata, pemeriksaan pasukan operasi menemui longgokan 366 tong gas LPG dan tong biru yang setiap satunya berisi 200 liter petrol dan diesel.

“Sebuah lori membawa muatan 32 tong biru berisi petrol dan diesel. Turut ditemui 355 bungkus minyak masak peket,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Roslee memaklumkan, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 48 tahun kerana gagal mengemukakan permit premis dan menyimpan gas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Nilai rampasan dianggarkan RM380,092.50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI