fbpx

XME Business Park 2 habis terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis bagi pembangunan XME Business Park 2.

PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad mengumumkan kadar pengambilan 100 peratus untuk XME Business Park 2 semasa pratontonnya.

XME Business Park 2, yang dilancarkan susulan kejayaan XME Business Park merupakan pembangunan perindustrian terkini syarikat, diunjurkan siap pada 2027.

Terletak di perbandaran Nilai Impian dan bersebelahan XME Boulevard, iaitu presint komersil syarikat, taman perniagaan itu diposisikan untuk menjadi destinasi utama bagi perusahaan.

XME Business Park 2 menawarkan 15 kilang siap dibina dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM66 juta.

Pembangunan itu mempunyai gabungan unit sebuah dan berkembar, dengan saiz antara 8,397 hingga 18,405 kaki persegi, berharga antara RM4.5 juta hingga RM9.3 juta.

Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property, Pembangunan Perbandaran, Appollo Leong berkata, kadar pengambilan 100 peratus yang dicapai untuk XME Business Park 2 pada pratontonnya mencerminkan permintaan untuk hab perindustrian premium yang menawarkan kebolehcapaian dan kemudahan sedia masa hadapan.

“Kami melihat minat yang luar biasa daripada pelbagai industri, termasuk kejuruteraan, operasi gudang, automotif, farmaseutikal serta makanan dan minuman, yang menunjukkan nilai dan kegunaan pembangunan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daya tarik XME Business Park 2 terletak pada ciri bangunannya yang mampan seperti penuaian air hujan, infrastruktur sedia untuk pemasangan tenaga solar dan pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Ia juga menyediakan ketersambungan yang sangat baik, dengan akses terus ke lebuh raya utama termasuk PLUS, ELITE dan LEKAS.

Fasa kedua XME Business Park 2 dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI