fbpx

1,639 kes denggi, 3 kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nyamuk Aedes merupakan penyebab utama jangkitan denggi. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi ke-40 iaitu bagi tempoh 29 September hingga 5 Oktober lalu dilaporkan sebanyak 1,639 kes berbanding 1,760 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak tiga kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan oleh pihaknya bagi tempoh sama.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-40 adalah 105,149 kes berbanding 91,910 kes bagi tempoh sama tahun tahun lalu.

“Manakala terdapat 95 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 67 kematian bagi tempoh sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-40 adalah sebanyak 35 lokaliti berbanding 33 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Dari 35 lokaliti yang dilaporkan, 26 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (dua) manakala Johor, Kelantan dan Sabah masing-masing satu,” katanya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, sebanyak dua kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-40 menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini 78 kes dan tiada wabak dilaporkan.

Berhubung survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 2,081 sampel darah, sampel urin (lapan) dan sampel cairan serebrospinal (tiga) telah dijalankan saringan zika dengan keputusan adalah negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI