fbpx

UNL: Silap sendiri punca England kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGLAND tewas buat kali pertama dalam 10 pertemuan menentang Greece sejak 1971. - AFP

LONDON – Pertaruhan berani dilakukan pengurus sementara England, Lee Carsley untuk tidak menurunkan penyerang sejati memakan diri apabila tewas 1-2 kepada Greece pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Wembley awal pagi semalam.

Tindakan Carsley meletakkan sandaran kepada trio Jude Bellingham, Phil Foden dan Cole Palmer untuk mengetuai jentera serangan sedikit sebanyak menjadi persoalan memandangkan mereka memiliki Ollie Watkins di bangku simpanan.

Bagaimanapun, Carsley tanpa berselindung mengakui pasukan pelawat menampilkan aksi lebih baik selain menganggap skuad The Three Lions melepaskan dua gol yang berpunca daripada kesilapan sendiri.

“Saya fikir kami merupakan pasukan kedua terbaik pada perlawanan malam ini (semalam) dan ia sangat mengecewakan. Selepas kekalahan seperti ini, kami tidak ada cara selain menunjukkan reaksi ketika berdepan Finland nanti.

“Berdasarkan kualiti yang ada dalam pasukan ini, sudah tentu kami terkilan gagal mencatat kemenangan. Jika dilihat semula, gol-gol yang kami lepaskan berpunca daripada kesilapan sendiri,” katanya.

Pada perlawanan itu, England menjaringkan gol menerusi Bellingham pada minit ke-87, manakala dua gol Greece dijaringkan Vangelis Pavlidis, masing-masing pada minit ke-49 dan 94 bagi membolehkan mereka mengutip tiga mata.

“Kami mahu mencuba sesuatu yang baharu dan boleh dianggap sebagai eksperimen tetapi ia tidak membuahkan hasil. Sekarang kami perlu mencuba pendekatan berbeza pada perlawanan akan datang,” ujar Carsley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI