fbpx

UNL: Semangat luar biasa Greece malukan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Greece mendedikasikan kemenangan bersejarah ke atas England kepada Baldock yang meninggal dunia semalam. - ONE FOOTBALL

LONDON – Greece mendedikasi kemenangan dramatik dengan keputusan 2-1 yang dilakar ke atas England kepada bekas pemain kebangsaan negara itu, George Baldock yang lemas di kolam renang di kediaman rumahnya di Athens semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley awal pagi tadi, Greece berjaya menjaringkan dua gol hasil jaringan penyerang sensasi, Vangelis Pavlidis, manakala gol sagu hati tuan rumah diledak oleh Jude Bellingham.

Keputusan tersebut menyaksikan Greece yang menduduki ranking ke-48 dunia, menjadi negara terendah menewaskan England dalam perlawanan kompetitif sejak 2005.

Menurut Pavlidis, kemenangan yang diraih itu cukup istimewa kerana bukan sahaja memberi mata tambahan pada saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL, tetapi sebagai tanda menghargai pemergian mengejut Baldock.

“Saya rasa ini adalah malam yang akan dikenang sampai bila-bila kerana Baldock. Secara jujur, sukar untuk kami bermain dalam keadaan seperti ini tetapi semua pemain telah memberikan sepenuh komitmen di atas padang,” katanya.

Sementara itu, pengendali Greece, Ivan Jovanovic percaya kemenangan mengejut yang dilakar ke atas The Three Lions itu adalah berpunca daripada keinginan luar biasa pemain selepas mendengar tragedi malang menimpa Baldock.

“Apa yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas sukar untuk dihadam. Kami seperti merasai kehadiran Baldock di bilik persalinan dan sebagai bukti, anda boleh lihat bagaimana pemain mempamerkan semangat juang tinggi sehingga wisel penamat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI