fbpx

Faizal belum puas hati prestasi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL (kanan) belum gembira dengan prestasinya meskipun mendahului carta penjaring terbanyak Piala Tun Abdul Razak ketika ini.

KUALA LUMPUR – Penyerang berbisa skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari mengakui prestasinya dalam saingan Piala Tun Abdul Razak 2024 masih belum mencapai tahap terbaik meskipun telah meledak 17 gol dan menjadi nadi serangan buat Terengganu.

Meskipun angka gol dikumpul Faizal menyumbang separuh daripada keseluruhan jaringan Terengganu, namun dia berpendapat prestasinya masih belum memuaskan sepenuhnya.

Bintang Speedy Tigers itu memilih merendah diri dan menekankan fokus utamanya bukan pada statistik peribadi tetapi untuk memastikan pasukannya menggondol kejuaraan edisi kali ini.

“Prestasi saya tidak begitu baik kerana belum sampai tahap 100 peratus seperti yang dipuji ramai. Saya tak letakkan sasaran peribadi, cuma sasar untuk skuad meraih juara,” ujar Faizal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perebutan status penjaring terbanyak, Faizal berdepan cabaran sengit daripada wakil Perak, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal yang turut mencetak 17 gol sekali gus menjadikan persaingan dua penyerang itu bakal menjadi tumpuan dalam fasa terakhir kejohanan.

Faizal yang terkenal dengan kemampuan meledak gol padang serta pukulan sudut penalti, yakin Terengganu mempunyai peluang cerah untuk menamatkan kemarau kejuaraan dalam edisi 2024.

“Kita tak boleh pandang rendah pasukan lain seperti Pahang yang mempunyai barisan pemain muda. Walaupun yakin, kita tetap perlu beri aksi terbaik di atas padang,” tambahnya.

Terengganu akan turun berdepan Pahang untuk aksi separuh akhir Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI