fbpx

Perunding kewangan didakwa salah guna kad ATM bekas guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Ashraf ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang perunding kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyalahgunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) bekas gurunya bagi urusan pembelian rumah dan penstrukturan kewangan pinjaman.

Tertuduh, Amir Ashraf Abdullah, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Amir Ashraf menyalahgunakan kad ATM mangsa berusia 66 tahun bagi urusan pembelian rumah dan menawarkan khidmat penstrukturan kewangan sebelum memasukkan wang pinjaman berjumlah RM161,000 ke dalam akaun syarikat milik tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Bangsar di sini pada Februari 2022 dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, lelaki itu juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyalahgunakan wang RM118,147 milik wanita lain berusia 39 tahun, yang juga menantu guru tersebut bagi kegunaan tertuduh.

Kesalahan dilakukan di sebuah hotel di sini antara 29 Jun dan 30 September 2022. Oleh itu dia didakwa mengikut seksyen sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan tersebut.

Peguam Mohd. Syawal Mohd. Razak memohon satu ikat jamin yang rendah dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit kegelisahan (anxiety) dan serangan panik selain menanggung keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Hamidah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 18 November ini bagi sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI