fbpx

AliX365 pacu penyelesaian digital untuk PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Platform perkhidmatan dalam talian AliX365 dapat memperkukuh kemampuan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peruncit tradisional di Malaysia.

Langkah inovatif yang diperkenalkan AliExpress dan Parcel365 itu bakal menghubungkan PKS secara langsung dengan rangkaian pembekal selain memastikan harga yang kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif AliX365, Eddie Mok Yew Keong berkata, ia direka sebagai platform sehenti untuk memudahkan pemerolehan produk serta logistik.

“Selain pembiayaan yang fleksibel, kami juga menawarkan paltform kepada peniaga yang membolehkan perniagaan mereka diakseS dalam talian menggunakan kecerdasan buatan (AI).

“Pendekatan menyeluruh ini mengurangkan cabaran dan membantu perniagaan tempatan fokus kepada kekuatan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, AliX365 juga menggalakkan inklusiviti yang mana terbuka untuk kerjasama dengan koperasi, agensi kerajaan untuk membangunkan pakej perniagaan bagi kumpulan berpendapatan rendah.

“Dengan memanfaatkan sumber dan kepakaran sedia ada, kami berhasarat mencipta peluang kepada individu daripada pelbagai latar belakang.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menyediakan alat, latihan dan sokongan untuk membantu usahawan mengatasi halangan dan berkembang dalam ekonomi digital,” ujarnya.

Sementrara itu, Pengarah Akaun Global Perniagaan AliExpress, May Wang berkata, AliX365 merupakan pendekatan inovatif untuk mengatasi cabaran yang dihapai industri peruncit trradisional.

“Alibaba sebagai pemilik AliExpress secara berterusan menyumbang kepada ekonomi digital di Malaysia melalui kerjasama elektronik World Trade Platrform (eWTP) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Kami akan menjadi rakan kongsi yang kukuh untuk PKS Tempatan dan memberi inspirasi untuk mengembangkan perniagaan mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI