fbpx

Projek pembaikan cerun Simpang Pulai-Cameron Highlands perlu ikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Maslan meninjau projek pembaikan cerun dan Jalan Persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley daerah Kinta dekat Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Kementerian Kerja Raya mahu projek pembaikan cerun di sebelah jalan Simpang Pulai-Blue Valley siap mengikut jadual demi keselamatan orang awam yang hendak ke Cameron Highlands.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek itu yang telah mencapai kemajuan kerja fizikal 33.31 peratus setakat 25 September lalu mahu dipastikan siap pada Disember 2025.

Dimaklumkan kerja pembaikan sedang mendahului jadual yang ditetapkan dan Ahmad berharap projek itu tidak lagi mengalami lanjutan masa.

“Kita akan sentiasa memantau. Pengarah Negeri (Jabatan Kerja Raya) akan sentiasa memantau dan mengingatkan. Mereka tahu tentang perkara ini. Saya memang tiada maaf untuk kelajuan dan kepantasan (kerja projek). Disember 2025 mereka kena siapkan,” katanya semasa meninjau projek itu di sini hari ini.

Kerja-kerja pembaikan cerun serta jalan Persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley daerah Kinta itu telah bermula pada 1 Julai 2022 dengan kos keseluruhan pelaksanaan projek bernilai RM122 juta.

Kejadian tanah runtuh tanah pada cerun itu pernah berlaku dua tahun lalu dengan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250 meter dan sepanjang 600 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI