fbpx

Malaysia gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu dengan delegasi Amerika Syarikat di Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-12.- Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM.

PETALING JAYA – Malaysia menggesa perlaksanaan gencatan senjata di Gaza dan Lubnan sesegera mungkin bagi mengelakkan krisis kemanusiaan menjadi lebih buruk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan agar semua pihak perlu bertindak secara bertanggungjawab untuk tidak memburukkan keadaan.

“Malaysia tetap teguh menyokong pelan tiga fasa untuk keamanan di Gaza dan mendesak pelaksanaannya dengan segera tanpa syarat tambahan,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau turut menyatakan komitmen Malaysia untuk bekerjasama dengan ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) dalam menangani isu-isu tertunggak yang dapat memudahkan proses ratifikasi Protokol SEANWFZ oleh AS.

“Malaysia juga menggesa ASEAN dan AS bersama-sama dalam inisiatif pembangunan kapasiti bagi memperkukuh modal insan, memajukan teknologi hijau, mempromosi tenaga boleh diperbaharui dan memacu pembangunan mampan di seluruh rantau ini.

“Hari terakhir di Vientiane bermula dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-12, yang membabitkan rakan-rakan pimpinan ASEAN bersama delegasi AS diketuai Setiausaha Negara Anthony Blinken.

“Mesyuarat ini membincangkan usaha memperluas kerjasama ASEAN-AS serta mengukuhkan lagi Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-AS,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI