fbpx

516 graduan Kolej UNITI terima diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kolej UNITI. Gambar hiasan.

BANGI – Seramai 516 graduan akan menerima diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke-21 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre di sini pada Ahad ini.

Mereka terdiri daripada 414 orang graduan Kolej UNITI Port Dickson dan 102 graduan Kolej UNITI Kota Bharu.

Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, jumlah tersebut melibatkan 165 graduan dari Fakulti Pengurusan Industri Halal, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (288) dan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (63).

“Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak mencatatkan jumlah terbesar iaitu seramai 187 orang, disusuli Diploma Pengurusan Industri Halal dengan 97 orang graduan,” katanya dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini.

Amir Hamzah.

Tambah beliau, Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha akan merasmikan majlis istiadat seterusnya menyampaikan anugerah diploma kepada graduan.

“Beliau yang juga Fellow Akademi Sains Malaysia juga akan menyampaikan beberapa anugerah kepada graduan yang telah memperlihatkan kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

“Antaranya, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik, Anugerah Khas Pelajar, Anugerah Khas Alumni dan Anugerah Presiden,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI