fbpx

IDF lakukan provokasi di Lebanon, keselamatan anggota Malbatt diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika di Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Wisma Pertahanan. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO! 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) memberi jaminan bahawa keselamatan pegawai dan anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-11) di Lebanon sentiasa diberi keutamaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini keputusan sama ada untuk memindahkan kedudukan pasukan Malbatt akan dilakukan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Beliau berkata, semua pasukan di bawah UNIFIL termasuk Malbatt 850-11 sudah diarahkan untuk tidak melaksanakan sebarang kawalan ataupun pergerakan.

“Sehari dalam tiga ke empat kali kita mendapat laporan, kita meneliti dan tidak menafikan pihak Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah melakukan provokasi kepada pasukan Ireland yang terletak berdekatan sempadan Lebanon.

“Jadi, kita tunggu keputusan bersama dalam soal ini kerana tertakluk kepada UNIFIL,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Katanya, Mindef bagaimanapun sentiasa berhubung dan memantau keadaan di Selatan Lebanon serta memastikan keselamatan anggota pasukan diberikan keutamaan.

“Mereka sentiasa ada dalam bunker (kubu). Satu-satu jangka masa berada di dalam bunker sekitar 12 hingga 13 jam.

“Tiada aktiviti, tetapi UNIFIL masih belum buat keputusan sama ada untuk dipindahkan, mesti kekal di situ, jika tidak akan ada cabaran-cabaran yang lain,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan dua anggota pengaman Indonesia, UNIFIL cedera dalam serangan IDF di Selatan Lebanon.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi mengesahkan bahawa kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal IDF ketika mereka sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontinjen Indonesia di Naqoura pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI