fbpx

Dakwa mahu buang ‘saka’ dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang wanita mencampak bungkusan plastik dari kereta dinaikinya tular di media sosial kelmarin.

PETALING JAYA – Keluarga kepada seorang wanita yang tular di media sosial ekoran tindakannya membuang sampah menerusi tingkap sebuah kereta mendakwa, perbuatan itu adalah sebahagian daripada proses rawatan tradisional membuang ‘saka’.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Kelantan Daily, keluarga itu mendakwa, mereka baru pulang daripada melakukan perubatan tradisional di Kuala Krai, Kelantan dan perawat meminta mereka membuang ‘saka’ itu ke dalam sungai.

Kenyataan yang tular itu mendapat reaksi berbeza netizen yang sebahagiannya tidak mempercayainya.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengeluarkan notis temu siasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kereta terbabit ekoran tindakan penumpangnya membuang sampah dari kereta.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tindakan membuang sampah dari kenderaan bermotor adalah satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Kelmarin, tular video berdurasi 20 saat yang memaparkan tindakan seorang wanita memcampak bungkusan plastik ke dalam sungai dari kereta dinaikinya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah jambatan di Kelantan.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut mengundang pencemaran alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI