fbpx

“Saya memang tak buat benda itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A.MARIYAMMAH bersama peguamnnya, S.Paul Krishnaraja menarik nafas lega selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia enam tahun pada 2020. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

SEREMBAN – Selepas empat tahun, seorang ibu tunggal akhirnya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia enam tahun.

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, A. Mariyammah, 39, di akhir kes pendakwaan.

Rohani berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira keterangan saksi-saksi dan menimbang hujahan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan.

“Setelah mendengar keterangan diberikan saksi dan menimbang hujahan dikemukakan kedua-dua pihak serta berdasarkan penilaian menyeluruh atas semua keterangan, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie.

“Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” katanya pada prosiding hari ini.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh B. Kunavarsini, 6, pada pukul 5.30 hingga 6.30 petang, 5 September 2020 di Apartment Matahari Height, Jalan Persiaran Senawang 8 di sini. Oleh itu dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 2020, seramai 13 saksi telah dipanggil memberi keterangan. Tertuduh diwakili peguam, S. Paul Krishnaraja dan Amy Chong, manakala  pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz.

Sementara itu, Mariyammah ketika ditemui pemberita di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan tersebut.

“Saya gembira kerana saya memang tak buat benda (bunuh) itu. Selepas ini saya dapat tengok anak perempuan semula yang berusia sembilan tahun dan anak lelaki enam tahun,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI