fbpx

Milton mengganas di Amerika, 11 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANJIR melanda kawasan Tasik Maggiore, Florida, Rabu lalu. - Foto AFP

WASHINGTON  – Taufan Milton meninggalkan jejak kemusnahan dahsyat selepas ‘mengukir’ laluan maut merentasi negeri Florida dengan meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa dan menyebabkan berjuta-juta penduduk bergelap, lapor akhbar The Sun semalam.

Ribut raksasa itu mencetuskan sekurang-kurangnya 27 puting beliung di Florida selepas tiba di daratan kelmarin.

Taufan Milton membawa angin kencang selaju 193 kilometer sejam dan hujan lebat. Bencana itu menambah penderitaan penduduk Florida akibat Taufan Helene yang membadai hanya dua minggu lalu.

Milton merempuh Florida sebagai ribut Kategori 3 kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan) dekat Siesta Key.

Ketika melanda negeri Florida, Milton menyebabkan sekurang-kurangnya tiga juta kediaman terputus bekalan elektrik.

Lima orang disahkan mati di kawasan pentadbiran  St Lucie County,  meningkat daripada empat orang kelmarin, namun angka kematian dikhuatiri akan menjadi lebih tinggi.

Dua lagi mangsa  dilaporkan mati di bandar St. Petersburg, Florida, kata polis.

Ketua Polis St. Petersburg, Anthony Holloway berkata, satu daripada kematian itu digambarkan sebagai insiden perubatan, manakala mangsa kedua ditemui mati di sebuah taman.

Seorang pemandu di Citrus County terbunuh dihempap pokok tumbang semasa ribut, demikian menurut saluran televisyen, NBC News.

Sementara itu, di St. Petersburg, bumbung stadium Tropicana Field tercabut diterbangkan angin kencang.

Beberapa kren tumbang dengan salah satunya merempuh sebuah bangunan, manakala banyak  jalan ditenggelami air.

Sejumlah penghuni terperangkap di Hotel Inn, bandar Plant, manakala operasi menyelamat dilancarkan untuk membawa mereka ke tempat selamat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI