fbpx

Agong terima panggilan telefon dari Raja Charles III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara. FOTO FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Raja Britain, Raja Charles III, di Istana Negara, semalam.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, panggilan membincangkan mengenai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-17.

Difahamkan, mesyuarat itu dijadual berlangsung di Apia, Samoa, dari 21 hingga 26 Oktober ini.

Pada masa sama, Raja Charles III juga menyampaikan salam mesra kepada Sultan Ibrahim buat seluruh rakyat Malaysia.

Untuk rekod, CHOGM kali ini yang menghimpunkan 56 negara akan membincangkan pelbagai isu berkaitan Komanwel dengan membawa tema ‘One Resilient Common Future: Transforming our Common Wealth’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI