PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda enam negeri pagi ini.
Negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 11 pagi itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.
“Bagi Kedah pula ia melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda,” lapor MetMalaysia di Facebook.
Selain itu, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak, manakala di Selangor pula melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.
“Cuaca buruk juga melanda daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak,” katanya. -KOSMO! ONLINE