fbpx

Mara wujudkan pasukan khas transformasi premis komersil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mara. - Foto Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuk

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mewujudkan pasukan khas transformasi premis komersil Mara bagi memperhalusi dan merencanakan pelan transformasi yang melibatkan lot premis perniagaan dan komersil Mara di seluruh negara.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sudah tiba masanya untuk satu pelan bersepadu diwujudukan bagi mentransformasi semua premis-premis komersil Mara seluruh negara.

“Ini bagi memastikannya berwajah baharu, lebih ceria, dinamik dan mampu menjadi salah satu wahana penting untuk memperkasakan lagi agenda ekonomi bumiputera.

“Pelan bersepadu bersepadu ini diwujudkan berasakan laporan, maklum balas orang ramai dan lawatan mengejut (#Terjah) ke premis-premis komersil Mara termasuklah Arked-Arked Mara.

“Sehubungan itu, Majlis Mara bersetuju untuk mewujudkan satu pasukan khas bagi memperhusi dan merencanakan pelan transformasi yang melibatkan 6,666 lot premis perniagaan dan komersil Mara seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mara berkata, beliau turut berkongsi pengalaman mengadakan lawatan mengejut ke Institusi-institusi Pendidikan Mara (IPMA) termasuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Majlis bersetuju dengan kelulusan segera RM400,000 untuk membaiki segera tandas-tandas, bilik guru di MRSM Terendak.

“Majlis juga bersetuju untuk memperkukuhkan lagi sistem pemantauan dan penguatkuasaan agar kebajikan pelajar terutamanya penyediaan makanan di Dewan-Dewan Selera IPMA dan MRSM terpelihara dan berada pada tahap terbaik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI