fbpx

CIMB Islamic agih barangan kepada 400 keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shahriman (kiri) pada majlis penyerahan sumbangan makanan kepada wakil daripada salah sebuah keluarga asnaf PPR Bukit Jalil di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) dengan kerjasama Yayasan Belia Malaysia (YBM) mengukuhkan komitmennya memperkasakan komuniti asnaf dengan melaksanakan Program Bantuan Bakul Makanan CIMB Islamic.

Inisiatif libat urus komuniti berterusan itu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga asnaf menerusi agihan bakul makanan.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, CIMB Islamic, melalui Zakat Wakalah, mengagihkan barang makanan bernilai RM100,000 kepada 400 keluarga asnaf terpilih di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, program itu akan dapat membantu setiap keluarga mempunyai akses makanan berkhasiat selain dapat memupuk semangat kekitaan dan sokongan terhadap golongan memerlukan.

“Zakat kekal sebagai satu instrumen kewangan sosial asas dalam usaha meluaskan bantuan kami terhadap golongan asnaf dengan fokus untuk menambah baik kualiti hidup mereka dengan mengurangkan bebanan kewangan, membolehkan mereka memperuntukkan pendapatan ke arah keperluan asas serta memperbaiki kehidupan mereka secara menyeluruh.

“Ini dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif yang kami terajui sejak beberapa tahun lalu yang merangkumi prinsip perantaraan berasaskan nilai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
CIMB Islamic telah me­nerajui pelbagai inisiatif membantu golongan asnaf serta komuniti rentan menerusi program CIMB Program K.A.M.I., di bawah Program CIMB Islamic Safe Space. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI