fbpx

23 harta GISBH bernilai RM52.4 juta dikesan di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaily pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 23 harta milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melibat 10 buah negara luar menerusi Op Global mencecah RM52.4 juta.

10 buah negara itu terdiri daripada negara yang berada di rantau asia tenggara, timur tengah, dan eropah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan harta tersebut dari negara yang terlibat bagi tindakan lanjut pembekuan dan penyitaan di bawah Akta 613.

“Setakat ini, PDRM telah melaksanakan pembekuan pelbagai harta di bawah Seksyen 44(1) AMLATEPUAA 2001 (Akta 613) berjumlah RM17 juta.

“Tindakan penyitaan pelbagai harta juga dilaksanakan di bawah Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 Akta 613 berjumlah RM2.8 juta,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan pembekuan dan penyitaan harta-harta di bawah Akta 613 adalah RM19 juta.

Mengulas lanjut mengenai keadaan premis syarikat itu di luar negara, Shuhaily berkata, pihaknya telah berhubung dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk membuat pemantauan.

“Maklumat yang kita peroleh dari salah satu negara asing memaklumkan tiga premis milik syarikat itu telah berhenti operasi.

“Papan tanda (kedai) sudah diturunkan dan tingkap serta pintu ditutup plastik hitam. Kita masih belum dpt maklumat berkaitan ahli-ahli mereka di negara tersebut,” katanya.

3 Oktober lalu, media melaporkan, lebih 200 akaun bank milik GISBH dibekukan PDRM dengan nilai mencecah RM1.35 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta dan satu akaun bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80).

Selain itu, pihak polis turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 buah kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.

Pihak polis turut menyita 19 buah kereta, sebuah lori, wang RM16,850, dua utas jam tangan serta haiwan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI