fbpx

Mayat Aqif dijumpai lepas penduduk solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengadakan solat hajat di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas dekat Kota Bharu sebelum mayat mangsa dijumpai kira-kira pukul 11.30 pagi tadi. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

KOTA BHARU – Mayat seorang remaja yang lemas semasa mandi di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas di sini semalam dijumpai selepas 20 minit ahli keluarga bersama penduduk kampung mengadakan solat hajat di lokasi kejadian hari ini.

Mangsa, Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal, 13, ditemukan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi oleh bapa saudaranya, anggota bomba dan polis yang menjalankan operasi bermula pukul 8.30 pagi tadi.

Ibu mangsa, Nurafidah Yusuf, 31, meskipun sedih, dia tetap bersyukur apabila mayat anaknya dijumpai selepas lebih 18 jam hilang, malah dia berterima kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari anaknya sehingga dijumpai.

“Saya berasa lega dan reda dengan kejadian yang berlaku kepada Muhammad Aqif. Terima kasih kepada penduduk kampung yang mengadakan solat hajat hingga jasad anak saya dijumpai,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Khairul Ariffin Che Ramli mengesahkan mayat mangsa dijumpai kira-kira 250 meter dari lokasi dia lemas serta diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan empat remaja lelaki yang bermandi-manda di pintu air Pangkal Kalong, Kok Lanas di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas di kawasan tersebut.

Muhammad Aqif disedari lemas oleh rakannya kira-kira pukul 5 petang sebelum remaja itu memanggil seorang penduduk kampung untuk membantu mencari mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI