fbpx

Enam tahun setinggan di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan wad Tian yang diubah suai menjadi rumah sepanjang tinggal di sebuah hospital di Beijing. – Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki China dan ibu bapanya bersetuju menerima pampasan AS$73,000 (RM293, 277) dan keluar dari wad sebuah hospital di Beijing selepas enam tahun ‘berumah’ di situ.

Hakim Mahkamah Rakyat Daerah Xicheng di Beijing, Luo Shengli pada minggu lalu meme­rintahkan keluarga itu meninggalkan wad yang diduduki selama enam tahun dan memutuskan mereka berhak menerima pampasan daripada pihak hospital.

Menurut laporan Oddi­ty Central kelmarin, keluarga itu berkeras menetap di wad tersebut kerana tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan oleh institusi perubatan berkenaan.

Pada 2014, lelaki yang dikenali sebagai Tian itu dimasukkan ke hospital tersebut di Beijing selepas mengalami mual, muntah dan kakinya menggigil selama sembilan hari.

Ibu bapa Tian menemaninya sepanjang tempoh dia dirawat.

Apabila pihak hospital memberi kebenaran untuk pulang, Tian terkejut kerana perlu membayar kos perubatan lalu me­nuduh pihak hospital tidak me­rawatnya dengan baik dan enggan keluar dari wad.

Tian dan ibu bapanya menjadikan katil hospital dan ruang sekelilingnya seperti rumah sendiri, malah ibu bapanya turut membawa masuk periuk, kuali, serta barangan peribadi lain.

Sepanjang tempoh enam tahun, pihak hospital telah me­lakukan pelbagai usaha termasuk membawa kes itu ke mahkamah untuk memaksa mereka keluar tetapi gagal.

Tiga beranak itu tetap tidak berganjak dan terus menjalani kehidupan seperti biasa terma­suk menyambut Tahun Baru Cina di hospital.

Pada tahun lalu, pihak hospital sanggup mengetepikan kos rawatan berjumlah AS$195,000 (RM783,802) dengan syarat tiga beranak itu keluar dari hospital tersebut.

Namun, Tian menyaman hospital tersebut dengan tuduhan cuai dalam memberikan rawatan yang menyebabkan kes itu berlarutan.

Kes tersebut hanya selesai selepas keluarga itu bersetuju menerima pampasan dan dibawa pulang ke rumah dengan menaiki ambulans minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI