fbpx

Isu Syeikhana: Syeikh Muhd. Zainul Asri dakwa kena fitnah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penjelasan Syeikh Muhd. Zainul Asri berkaitan kontroversi melandanya.

ALOR SETAR – Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli hari ini tampil menjelaskan kontroversi terbaharu majlis meraikan hari lahir mengandungi alunan qasidah yang didakwa memuji beliau secara keterlaluan.

Syeikh Muhd. Zainul Asri berkata, video tular itu merupakan rakaman lama ketika sambutan hari lahir oleh anak muridnya pada tahun 2020.

Katanya, tindakan anak muridnya mengalunkan qasidah memuji namanya adalah di luar pengetahuan, malah bukan permintaan beliau.

“Ini timbul isu baharu, video empat tahun lepas tahun 2020. Hari itu sanah helwah (hari lahir) saya pun bukan mahu sangat orang sambut pun.

“Oleh kerana anak murid nak buat, kita nak kata tidak (menolak) kasihan depa (mereka) nak rai, nak buat surprise (kejutan). Duduk tak duduk Iqbal ketua depa qasidah, ya sheikhana. Saya sebenarnya tak cakna sangat kalimat itu.

“Tengok-tengok Ya Sheikhana Zainul Asri. Lepas itu dalam lagu pula, bukan saya suruh pun. Takkan saya nak nak suruh pula, hang sebutlah nanti Syeikh Zainul Asri tau. Teruk sangat tu bukan pesen (cara) saya,” jelasnya dalam satu hantaran video di laman media sosial miliknya hari ini.

Menurut pendakwah itu, beliau kesal dengan tindakan pihak yang menularkan video tersebut sehingga mengundang fitnah ke atas dirinya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI