KUALA LUMPUR – Megah Herba (M) Sdn. Bhd. (Megah Herba) berkeyakinan bahawa produk terbaharunya, Crystal C White mampu menguasai pasaran tempatan meskipun terdapat lambakan produk seumpamanya menjadi pilihan pelanggan.
Pengasasnya, Datin Reena Zach mengakui pengalaman syarikat yang menjadi pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kecantikan selama lebih 12 tahun serta hasil kajian dan pembangunan selama dua tahun untuk menghasilkan produk tersebut memberikan kelebihan.
Melalui komitmen anak syarikatnya, Lana Labs Global, produk berkenaan telah berjaya di jual lebih daripada 40,000 kotak sejak bulan Oktober lalu melalui sokongan daripada lebih 5,000 ejen dan stokis berdaftar di Malaysia dan juga di Indonesia.
“Peluang keemasan sentiasa dibuka kepada usahawan baharu untuk menceburi bidang jualan produk berkenaan kerana ia memiliki testimoni positif bagi meningkatkan keyakinan pelanggan sedia ada dan baharu untuk memiliki Crystal C White,” katanya ketika di temui di sini baru-baru ini.
Reena menjelaskan, berdasarkan pengalamannya menggunakan Crystal C White sebelum diedarkan ke pasaran, ia telah membantu menyelesaikan masalah kulit kronik yang dihadapinya sebelum ini.
“Pelbagai jenis produk penjagaan kulit sudah dicuba, namun gagal merawat masalah yang di alami. Kulit saya pernah berjerawat teruk hingga satu tahap, saya jadi trauma melihat wajah sendiri.
“Namun akhirnya solusi berjaya ditemui dengan penemuan produk Crystal C White.
“Produk ini membantu menyelesaikan masalah kulit jerawat,kusam dan jeragat. Selain itu, ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah tumit kaki merekah, rambut gugur, menguatkan kuku, mengurangkan garisan halus serta kedutan, sebagai agen anti penuaan serta pencerah kulit,” ujarnya.
Tambah beliau, Crystal C White dirumus khas daripada bahan semulajadi dan bermutu tinggi seperti pinebark, hithione, ekstrak berries, ekstrak sayuran, ekstrak biji anggur serta Vitamin C yang diuji secara klinikal.