fbpx

Dadah, peralatan memproses bernilai RM68.88 juta dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumar (tengah) menunjukan antara dadah yang dirampas pada Majlis Pelupusan Barang Kes Narkotik di Dataran Kawat IPK Johor hari ini. - Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah melupuskan pelbagai jenis dadah serta peralatan memproses dadah bernilai RM68.88 juta melibatkan 6,630 kes yang telah diselesaikan sepenuhnya dari tahun 2000 hingga 2023.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, proses pelupusan itu akan dibuat di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan oleh syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. dengan kos RM73,000.

Menurutnya, kesemua 6,630 kes itu telah melalui proses hukuman dan juga rayuan, bermakna proses perundangan bagi kesemua kes ini telah selesai sepenuhnya.

“Ia mengambil masa lama dari tahun 2000 hingga 2023 kerana kita perlu tunggu sehingga peringkat rayuan terakhir, iaitu sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Polis Johor komited dan agresif dalam melaksanakan operasi berterusan bagi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kumar, antara dadah yang dilupuskan termasuklah heroin seberat 53.36 kilogram (kg); kanabis (19.86 kg); ketamin (45.27 kg); methamphetamine (446.21 kg); daun ketum (339.12 kg) dengan kesemuanya melibatkan berat keseluruhan 989.21 kg, selain cecair dadah seberat 7,479.9 liter.

“Tahun lepas, kita telah melupuskan dadah dan peralatan berkaitan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5.43 juta melibatkan 3,214 kes yang telah berjaya diselesaikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI