fbpx

Densus 88 bunuh militan JAD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 16 Mei 2018 menunjukkan anggota Densus 88 melakukan serbuan di Tangerang. - AFP \

JAKARTA – Dua militan Indonesia yang dikaitkan dengan letupan gereja di Filipina pada 2019 telah ditembak mati polis, kata pihak berkuasa hari ini.

Mereka ditembak semasa skuad antipengganas Indonesia, Densus 88, menyerbu tempat persembunyian kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) di bandar Makassar, Pulau Sulawesi.

Kedua-duanya ditembak apabila ‘menentang tangkapan’ dan menyerang anggota pasukan keselamatan, kata polis sambil menambah, suspek ketiga cedera ditembak dan sedang dirawat di hospital.

Seramai 17 militan lain ditahan.

Lewat hari ini, polis berkata, kedua-dua suspek yang ditembak mati terlibat membiayai pengeboman tersebut yang dianggap serangan keganasan paling buruk di Filipina dalam tempoh setahun. Seramai 21 mangsa terbunuh dan puluhan yang lain cedera dalam serangan itu.

“Mereka memindahkan wang kepada pengebom gereja di Jolo, Filipina,” kata jurucakap polis Indonesia, Ahmad Ramadhan kepada pemberita tanpa mengulas lanjut.

Pada awal 2019, dua letupan memusnahkan sebuah gereja Katholik di Pulau Jolo yang didiami majoriti penduduk Islam sekali gus meningkatkan kebimbangkan mengenai rangkaian militan di Asia Tenggara.

Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan letupan tersebut dan berkata, dua pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan pada tali pinggang mereka.

Dua pengebom itu kemudian dikenal pasti sebagai seorang militan Indonesia dan isterinya.

Hari ini, polis Indonesia menyatakan bahawa kedua-dua lelaki yang ditembak oleh pihak berkuasa itu adalah anggota JAD. JAD merupakan rangkaian pengganas tempatan yang berikrar taat setia kepada kumpulan dan ideologi Daesh.

Anggota JAD melancarkan serangan pengeboman bunuh diri di beberapa buah gereja di bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya pada 2018 yang meragut 12 nyawa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI