fbpx

Tiga pelajar UiTM Dungun pulang makan malam maut dirempuh kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang dikatakan merempuh empat pelajar UiTM Dungun semalam.

DUNGUN – Tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan di Teluk Gadong di sini malam ini.

Kemalangan itu berlaku berhampiran kampus universiti awam tersebut pada pukul 8 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi masing-masing berusia 20 tahun manakala Mohd. Akmal Tukirin pula berumur 25 tahun.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah pula dikenali sebagai Amar Danish Mohd. Ridwan, 20.

Difahamkan sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan malam.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini manakala Amar Danish pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan namun difahamkan pemandu kenderaan terlibat yang merupakan wanita berusia 40-an sudah ditahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI