fbpx

Banjir: Mangsa di Kedah cecah 3,172 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memindahkan mangsa banjir dari kawasan rumah mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Madi di Anak Bukit, Alor Setar hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 3,172 orang daripada 1,047 keluarga sehingga pukul 10.30 malam ini.

Kesemua mangsa ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kubang Pasu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,387 orang daripada 493 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.

Ia diikuti Kota Setar seramai 936 orang daripada 290 keluarga di lapan PPS, Pokok Sena seramai 467 orang daripada 166 keluarga di empat PPS serta Pendang seramai 382 orang daripada 98 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, enam sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu, Sungai Perik di Padang Terap, Sungai Anak Bukit di dua lokasi iaitu Taman Aman dan Jambatan TAR di Kota Setar serta Sungai Titi Kerbau di Padang Terap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI