fbpx

Hospital USM secara rasmi ditukar nama kepada Hospital Pakar USM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital USM kini secara rasmi ditukar nama kepada HPUSM. FOTO IHSAN HPUSM

KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian di sini secara rasmi ditukar nama kepada Hospital Pakar USM (HPUSM) berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Kampus HPUSM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, Mesyuarat ke-158 Lembaga Gabenor Universiti (LGU) pada 21 Ogos lalu telah meluluskan cadangan penukaran nama baharu hospital tersebut.

Menurutnya, antara justifikasi penukaran nama kepada HPUSM adalah penubuhan Hospital Pakar USM sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) dengan aspek keutamaan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan perawatan.

“Ia juga dapat membezakan HPU dengan hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan.

“Penukaran nama itu bersesuaian dan selari dengan bidang-bidang kepakaran yang dimiliki oleh pakar perubatan atau pensyarah perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shaiful Bahari memberitahu, selain itu, ia dapat meningkatkan imej dan menjadi pilihan utama masyarakat setempat bagi menerima rawatan berdasarkan perawatan kepakaran yang berkaitan.

Menurutnya, HPUSM akan sentiasa ke hadapan dan memberi keutamaan kepada golongan yang memerlukan dalam merealisasikan agenda negara iaitu Malaysia Madani.

“Agenda itu merupakan usaha memastikan rakyat Malaysia sihat sejahtera, memiliki status kesihatan yang baik, produktif dan berdaya tahan.

“Pengurusan HPUSM juga memastikan kelangsungan perkhidmatan perawatan kesihatan, pendidikan termasuk pengajaran dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI