fbpx

Perlis siap sedia hadapi gelombang kedua banjir, air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau situasi banjir kilat di Jejawi, malam semalam.

KANGAR – Perlis bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka lebih buruk jika hujan lebat bertembung dengan fenomena air pasang besar pada pertengahan bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, pihaknya menjangkakan situasi tersebut berlaku sekiranya terdapat hujan lebat pada 16 hingga 19 Oktober depan.

“Pada tarikh tersebut, ketinggian ombak dijangka boleh mencecah sehingga 3.7 meter berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

“Seandainya berlaku hujan lebat pada waktu itu, keadaan banjir mungkin akan lebih buruk berbanding pada pertembungan hujan lebat dan air pasang pada pertengahan bulan lalu,” katanya selepas Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana negeri di sini hari ini.

Kata beliau, Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memiliki 1,200 orang kekuatan untuk bantuan langsung terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Selain itu, terdapat 6,000 lagi kekuatan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.

Menurut Che Murad, semua agensi terlibat juga telah diminta bergerak lebih awal berpandukan ramalan cuaca sebagai persiapan berdepan fenomena tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI