fbpx

Geli tekak jumpa helaian rambut dalam teh tarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOH menunjukkan rambut di dalam cawan teh tariknya. - Foto Ryan Koh

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura terkejut apabila menemui beberapa helai rambut di dalam cawan teh tarik di sebuah restoran yang kerap dikunjunginya, lapor laman berita TNP hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Koh itu berkata, dia berasa jijik dan memuntahkan kembali minuman tersebut dalam kejadian pada awal pagi semalam.

“Saya sedang menghirup teh melalui penyedut minuman apabila saya berasa terdapat rambut di dalam mulut,” katanya.

Koh kemudian meludahkan kembali rambut tersebut dan membuka penutup cawan untuk memeriksa bahagian dalamnya.

“Saya terkejut melihat sehelai rambut di dalam straw dan satu lagi di dinding bahagian dalam cawan.

“Ia sangat menjijikkan dan membuatkan saya muntah,” ujarnya.

Koh kemudian kembali ke restoran tersebut untuk berdepan dengan kakitangannya dan melaporkan tentang rambut tersebut.

Namun, pekerjanya menafikan melakukan sebarang salah laku dan menyuruh Koh memfailkan aduan jika dia mahu.

Koh kemudian dinasihatkan oleh polis untuk memfailkan aduan tentang perkara itu dengan Agensi Makanan Singapura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI