fbpx

Wijnaldum dijangka sukar sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM hanya mempunyai baki kontrak selama enam bulan di Anfield dan dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona. – AFP

LIVERPOOL – Masa depan pemain tengah Liverpool, Giorgio Wijnaldum untuk terus kekal bersama pasukan itu masih samar ketika kontraknya berakhir pada penghujung musim ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim panas nanti dan gergasi Sepanyol itu dilaporkan sedang memantau secara dekat situasinya ketika ini.

Bagaimanapun, pemerhati bola sepak Sepanyol, Alvaro Montero mengakui Barcelona bakal berdepan kesulitan untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

“Ronald Koeman mahu mendapatkan Wijnaldum dan Eric Garcia dari Manchester City. Masalah utama ketika ini adalah faktor ekonomi ekoran wabak koronavirus yang sedang melanda.

“Apabila presiden baharu kelab itu dilantik nanti, kita akan lihat tetapi saya fikir masalah kewangan yang melanda Barcelona menyebabkan mereka sukar untuk menandatangani Wijnaldum,” katanya.

Dalam pada itu, The Reds dilapor menamakan pemain pertahanan Juventus, Merih Demiral sebagai antara nama baharu yang berpotensi untuk mereka buru dan dibawa ke Anfield kali ini.

Pemain berusia 22 tahun itu bergelut untuk mempamerkan bakatnya bersama Juventus musim ini apabila hanya diberikan peluang beraksi dalam lima perlawanan Serie A sahaja dan gergasi Itali itu juga dilaporkan bersedia untuk mendengar sebarang tawaran daripada mana-mana kelab untuk mendapatkan pemainnya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI